Ikan lampam atau nama saintifiknya dikenali sebagai Puntius Schwanenfeldii / Puntius gonionotus ( Lampam Jawa ) kebanyakanya ditemui sekitar perairan sungai air tawar ASIA.Bagi kita yang berada di bumi bertuah Malaysia ini senantiasa menjumpai ikan jenis ini malah dapat membuat pelbagai pilihan saiz.
Bagi pemancing baru yang ingin mencuba memburu Lampam - Tenggalan - Kaloi bolehla mencuba umpan dan kaedah seperti dibawah :-
BUAH Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia, cukup
sinonim dengan kaki pancing yang giat memburu ikan bersisik seperti
lampam, terbol, pucuk pisang dan kaloi yang dikatakan gemarkan buah ini.
Buah berkenaan berwarna hijau atau putih susu ketika muda dan perang
selepas masak. Buah ini juga mengeluarkan bau busuk seakan keju masam
selepas gugur dari pokoknya.
BUAH Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia, cukup
sinonim dengan kaki pancing yang giat memburu ikan bersisik seperti
lampam, terbol, pucuk pisang dan kaloi yang dikatakan gemarkan buah ini.
Buah berkenaan berwarna hijau atau putih susu ketika muda dan perang
selepas masak. Buah ini juga mengeluarkan bau busuk seakan keju masam
selepas gugur dari pokoknya.
Lazimnya buah ini tergolong dalam
famili Rubiaceae ini berbentuk sedikit melengkung dan bersaiz telur
ayam dan mudah didapati di sekitar kawasan kampung, tepi sungai atau
pinggir hutan.
Tinggi pokoknya iaitu kira-kira empat hingga lima meter dan
dahannya bengkang-bengkok serta mempunyai daun yang tebal dan hijau
berkilat.
Selain digunakan sebagai umpan memancing, buah
ini yang sudah dikomersialkan ini turut memiliki khasiat yang
menakjubkan untuk tubuh badan bagi penggemar jusnya.
Taburannya
yang begitu banyak sekitar Asia Tenggara menyebabkan segelintir
pengusaha menanamnya untuk dijadikan bahan ubat-ubatan dan kosmetik.
Dalam jurnal yang dipaparkan dalam internet, khasiatnya sungguh banyak
iaitu mempunyai pelbagai zat yang mampu mengekang tekanan darah tinggi
serta kanser.
Di arena memancing pula, cara buah mengkudu ini
digunakan sebagai umpan iaitu dengan menghiris berbentuk dadu kecil.
Ketulan ini kemudiannya dicucuk seperti sate pada perambut tunggal
sepanjang setengah depa.
Selain itu, kaedah lain iaitu
menggunakan sebiji buah mengkudu masak ranum yang dicangkukkan mata kail
rambai turut berupaya menjinakkan ikan air tawar.
Difahamkan,
bau busuknya menyebabkan ikan bersisik mudah mengesannya dan masa dulu
buah ini menjadi umpan pilihan bagi masyarakat kampung selain buah sawit
dan buah ara.
Menurut penggemar yang pernah menggunakan umpan ini, buah mengkudu
masak ranum mampu menjerat ikan bersaiz lebih daripada sekilogram.
Lubuk pancing di kawasan sungai semula jadi menjadi pilihan pemancing
kerana selain menjadi habitat ikan bersisik ini, buah mengkudu mudah
didapati di sekitar kawasan berkenaan.
2 ulasan:
kemah keming abe hampeh!
ikan keli skilo!
kemah keming abe hampeh!
ikan keli skilo!
Catat Ulasan