Rahsia pancing udang galah
By tfq ( joran hampeh )
1. Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor iaitu spesies yang
boleh dikatakan makan serba-serbi yang dijumpainya. Untuk memudahkan mengesan
udang lebih cepat kita perlu menggunakan umpan ‘berbau’. Di kawasan air jernih
udang amat berhati-hati dan kurang galak kecuali kita memancing waktu malam
atau lubuk yang didominasi udang galah.
Umpan udang yang lumrah dan cepat diterpa udang ialah
perumpun – jenis sarang, bakau, pantai dan nipah. Cacing tanah sama ada cacing
gila atau jenis biasa. Anak udang sungai atau udang beras hidup/mati, remis,
isi kerang, ala-ala – guna bahagian yang keras. Isi ikan dihiris halus
memanjang mengikut saiz mata kail. Isi udang galah – potong mengikut saiz mata
kail. Udang pasar tidak kira apa jenis, anak ikan longkang hidup atau mati
kedua-duanya boleh.

2. Memancing udang galah tiada musim tertentu sama ada
di kawasan hulu sungai dan pedalaman termasuk lombong, tasik dan kolam.
Bagaimanapun musim kering (tiada hujan sebelumnya) adalah masa terbaik memancing
udang galah. Selain daripada itu waktu malam lebih mudah mengendap udang galah
berbanding siang kerana kawasan persekitaran air jernih dan udang galah jarang
keluar merayau siang hari bagi mengelak diterkam pemangsa.

Perlu diingatkan jika lokasi yang dikunjungi jauh dari
kawasan pembangunan seperti hulu sungai pedalaman umpamanya, langkah
keselamatan perlu diambil perhatian memandangkan malam hari terlalu banyak
bahaya. Jika wujud keadaan kurang selamat dinasihatkan lebih baik tidak usah
memancing di kawasan terbabit. Bagi muara sungai musim udang galah hadir
selepas beberapa hari sebaik saja hujan berhenti.
Kebiasaannya air hujan akan keluar ke laut melalui
sungai turut membawa bersama udang galah. Ketika ini udang galah akan
berkeliaran di kawasan muara yang ketika itu airnya tawar. Udang galah akan
mudik semula ke hulu sungai apabila muara sungai kembali payau atau masin.
Secara ringkasnya musim udang adalah sepanjang tahun kecuali di muara hanya
selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.
3. Perambut udang galah kebiasaannya ialah menggunakan
tangsi 6 paun hingga 12 paun. Ini sudah memadai dengan berat udang itu sendiri.
Kekuatan 12 paun boleh menampung dan mengangkat beban maksimum 5.5 kilogram
sudah terlalu besar untuk udang galah sungai yang purata 50 gram hingga 500
gram.
Panjang perambut seeloknya 15 sentimeter atau lebih
kurang sejengkal jari orang dewasa. Jenis tangsi biarlah yang lembut supaya
udang galah tidak begitu ‘terasa’ beban ketika mengunyah umpan. Mata kail udang
banyak jenis dan saiz mengikut tempat, jenis lapangan pancing dan saiz udang.
Saya biasanya menggunakan mata kail no 6 hingga no 8 kerana saiz ini paling
sesuai. Banyak jenis dan saiz mata udang yang boleh di temui di pasaran
tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan